Grow your YouTube views, likes and subscribers for free
Get Free YouTube Subscribers, Views and Likes

RETROSPEKTIF : KEJOHANAN PIALA THOMAS (1992)

Follow
FINAS Malaysia

#LensaFINAS
#RetrospektifSinema


FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan imbauan detik bersejarah wirawira badminton negara yang berjaya merangkul Piala Thomas pada 16 Mei 1992 selepas menundukkan Indonesia, 32. Pemain Malaysia pada waktu itu Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Kwan Yoke Meng, dan dua pasangan beregu Razif SidekJalani Sidek dan Cheah Soon KitSoo Beng Kiang tentunya menyatukan suara gegaran seluruh rakyat Malaysia di Stadium Negara dan yang menonton di kaca televisyen. Jom tonton dokumentasi ini secara eksklusif di slot 'Retrospektif' hanya di saluran BERNAMA TV pada 18 Februari 2021 (Khamis) jam 8.30 malam dan YouTube FINAS Malaysia pada 19 Februari 2021 (Jumaat) jam 9.00 malam.

Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio
filem ‘Kejohanan Piala THOMAS’ ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment


Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di
   / finasmalaysiamy  
   • RETROSPEKTIF : KEJOHANAN PIALA THOMAS...  


● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.


● Tayangan Filem Kejohanan Piala Thomas' (1992) ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**


● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**

posted by iskupei2