A little secret to rock your YouTube subscribers
Get Free YouTube Subscribers, Views and Likes

Resepi Nona Manis kuih tradisi zaman berzaman

Follow
Aziz Fazham

#kuihtradisional #resepimelayu #resepimudah

Assalamualaikum semua, dalam episod kali ni saya berkongsikan satu menu tradisi orang melayu kita iaitu kuih Nona Manis. Siapa tak tahu kuih ni kan memang dah jadi kegemaran setiap lapisan masyarakat di negara kita, Teksturnya yang lembut, kecil molek dan rasanya yang berlemak tu kan...Untuk ketahui dengan lebih lanjut lagi anda boleh tonton resepi penuh dalam channel 'Aziz Fazham' Let's go...

RESEPI KUIH NONA MANIS By Aziz Fazham

"Anggaran jumlah kuih yang dapat dihasilkan ialah sebanyak 2530 biji kuih Nona Manis", InsyaAllah nanti saya akan kongsikan pula resepi Nona Manis versi niaga adunan yang dapat hasilkan 100 biji kuih dalam satu resepi...

"Bahan Resepi"
Bahagian A:
100 gram tepung gandum
115 gram gula
60 gram santan
175 ml air
1 biji telur

Bahagian B:
30 gram tepung jagung
60 gram gula
60 gram santan
175 ml air daun Pandan (gunakan 4 helai daun pandan)

Bahagian C:
120 gram santan
280 ml air
40 gram tepung gandum
½ sudu kecil garam (saya tambahan lagi secubit garam untuk dapatkan rasa yang lebih berlemak)
beberapa keratan daun pandan

TIPS:
1. untuk adunan bahagian C, kalau adunan masih cair boleh sambung masak sikit lagi sehingga ia sedikit pekat, kalau cair nanti masa nak paip ianya akan jadi kelihatan bulat terlalu besar pula, (dan jangan pula terlalu pekat sangat nanti susah pula kita nak picit keluar dari botol) boleh adjust sendiri mengikut kesesuaian
2. untuk adunan bahagian C, seeloknya gunakan santan yang betul2 berwarna putih (boleh guna santan kotak sbb santan kotak warnanya betul2 putih, kalau santan mesin kadang tu kena pada tempurung ianya akan jadikan warna santan kelihatan sedikit keruh)
3. setiap adunan yg perlu masak mesti kena sentiasa kacau supaya dapat hasilkan tekstur kuih yang betul2 halus (gunakan api perlahan)



SUBSCRIBE:    / @azizfazham.01  

posted by mbekoll