Get free YouTube views, likes and subscribers
Get Free YouTube Subscribers, Views and Likes

Homeless In Kuala Lumpur / Gelandangan Di Kuala Lumpur

Follow
Krish Balkis

Dari pemerhatian saya masalah Gelandangan ini semakin hari semakin meningkat dengan ketara. Kebanyakan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur adalah penduduk tempatan, yang terasing dari keluarga mereka atau tidak mempunyai keluarga untuk pulang.
Biasanya, mereka adalah orang yang telah diusirkan dari tempat tinggal mereka, tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membayar sewa, menganggur untuk jangka masa yang panjang, berhutang besar, mempunyai kecacatan atau masalah kesihatan seperti diabetes , hipertensi , HIV , penagih Dadah , mempunyai masalah mental, mengalami pertikaian dengan keluarga mereka, serta menjadi mangsa bencana besar.
Semakin ramai yang berumur 60 tahun ke atas menjadi gelandangan kerana mereka tidak mempunyai simpanan.
Untuk mengatasi masalah ini , kerajaan dengan kerjasama NGONGO telah mengambil beberapa inisiatif , diantaranya membuka Pusat Transit Gelandangan . Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur telah dibangunkan sebagai salah satu inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan gelandangan di sekitar ibu kota.

posted by HelpID9j